Wednesday, May 30, 2018

3 Tips Ringkas untuk Buat Headline yang Padu!



3 Tips Ringkas untuk Buat Headline yang Padu!

(Tolong amalkan 3 tips ni, kalau nak bakal pelanggan anda baca iklan anda.)

#Fakta

7 dari 10 iklan tak dapat sambutan dari bakal pelanggan kerana headline kurang padu!

Kalau iklan tak dapat sambutan, macam macam mana sales nak masuk?

Anda setuju?

Jadi, hari ni saya nak share 3 tips simple yang anda boleh guna untuk buat headline yang padu.

= = = = = = = = =
#1- Tanya Soalan Berkaitan Masalah Prospek
= = = = = = = = =

Anda boleh tanya soalan tentang masalah yang prospek anda alami.

Sebagai contoh headline untuk produk ubat power:

-> "Dah cuba macam-macam produk dan cara urutan tradisional? Tapi masih belum cukup power?"

= = = = = = = = = = = = = = =
#2- Gunakan Ayat Dramatik
= = = = = = = = = = = = = = =

Pernah tak anda follow drama bersiri? Perasan tak biasanya setiap episod akan berakhir secara dramatik?

Sebenarnya, anda boleh juga gunakan teknik ni pada headline ayat iklan.

Contoh:
"Sedara Mara Semua Kata Saya Silap Besar Bila Saya Letak Jawatan Sebagai Penjawat Awam... Tapi Lepas 5 Bulan Saya Buat Bisnes X..."

Nota:
Pastikan guna testimoni/kisah benar. Anda tak dibenarkan mereka-reka cerita.

= = = = = = = = = = = = = = = = = =
#3- Panggil Prospek Anda
= = = = = = = = = = = = = = = = = =

Haaa... Kalau anda suka cara yang soft dan tak nak nampak sangat macam hardsell... Anda boleh follow tips #3 ni.

Panggil bakal pelanggan anda dengan cara bertanya soalan pada mereka.

Contoh, kalau anda jual power bank untuk lelaki yang guna iPhone:

"Kepada lelaki yang Guna iPhone, Saya Nak Tanya Sikit..."

.
.
-----

Susah tak nak buat headline ni?

Tak susah kan? 😃

Kuncinya, sebelum mula tulis tu, anda kena kenal pasti siapa target market anda secara spesifik.

Apa masalah dan kehendak mereka?

Jika anda tak kenal pelanggan anda secara detail, InsyaAllah anda memang tak akan ada idea untuk buat ayat iklan.

Jadi, pastikan anda kenal pelanggan secara spesifik dan detail terlebih dahulu sebelum mula menulis.

No comments:

Post a Comment