Wednesday, May 30, 2018

7 TIP MENULIS STATUS IKLAN SECARA COPYWRITING DI FACEBOOK


Ada 7 tips menulis status harian di fesbuk anda sendiri.

1) Menulis gunakan suasana.

Contoh pergi ke kedai makan. Jangan ambil gambar dan taip sahaja caption simple tetapi buatlah begini.

Sebaiknya:
Ambil gambar dan tulislah sebegini

Alhamdulillah pagi ini datang ke Restoran Azwa terus order nasi lemak paru paru + Air teh o panas. Tambah kuah kari kambing. Selera sikit pagi ini. Diet tak dapat nak jaga lagi. Bukan selalu.

Menulis dengan ada respon suasana. Membuatkan penulisan itu hidup

2) Menulis dua hala:

Maksudnya menulis dengan membawa pembaca turut serta.

Contoh ayat:
Semalam tengok seorang pakcik berjalan kaki ketika hujan. Saya dan sahabat dalam kereta masing masing bertanya. Jom tumpangkan pakcik itu. Kesian dia.

Korang rasa apa yang kami dapat? Baru sahaja kami mahu berhenti. Ada sebuah kereta sudah berhenti dan mengambil pakcik itu. Saya cakap dengan kawan. Kita terlewat.

3) Menulis berperenggan:

Maksudnya menulis menggunakan perenggan supaya tidak menampakkan serabut dalam penulisan.

Setiap penulisan perlu dititik beratkan perenggan. Bila ada perenggan ia memudahkan pembaca hadam dan selesa dengan apa yang kita sampaikan.

4) Menulis dengan memberikan impak positif.

Maksudnya berikan penulisan yang berbentuk cerita. Ceritakan pengalaman diri dan ianya mudah dihadam. Mencari kekurangan diri hingga dalam kekurangan itu menampakkan ada penyelesaian dan perubahan yang baru.

5) Menulis itu ada jenakanya.

Adakala menulis di status harian kita juga perlu diberi sentuhan gurauan juga. Tidaklah asyik dengan straigh to the point cerita perihal kita sahaja.

Contoh ayat:
Engkau orang tak boleh tulis status kerap kali ini kenapa? Selalu morning sickness ke atau everyday sickness. hihi. Aku tanya kan je. Jangan marah.

6) Menulis dengan lenggok sendiri.

Maksudnya ia mempamerkan diri kita sendiri. Penulisan kita adalah karya kita juga. Menulis menggunakan bahasa sendiri membuatkan orang mudah menerima. Penting tidak mengikut loghat negeri. Pening pula audience anda nanti.

7) Menulis tidak takut takut

Ya ramai yang beritahu saya, adakala dah taip dah. Tapi risau tak diterima oleh pembaca. Elakkan berperasan begini. Keran perasan ini akan memudaratkan kesihatan dalam penulisan. Tulislah.

Jika mahu pelajari poin point menulis status harian dengan padu. Saya galakkan membaca ebook ebook saya disini.
 https://guruniaga.onpay.my/order/form/affiliate2018/B11

Oh ya sebelum terlupa. saya nak ucapkan terima kasih membaca coretan saya ini.

Azmin46
Tip Bisnes
Cara Buat Duit Di Facebook

No comments:

Post a Comment