Monday, May 28, 2018

TEKNIK MENARIK PARA PELANGGAN MENGGUNAKAN SMS



Anda pernah menerima sms dari syarikat besar seperti TM, MAXIS, CELCOM, DIGI, PIZZA HUT, KFC, TESCO dan lain-lain?

Perhatikan, apabila syarikat global seperti TESCO menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit.

Berapakah kadar peratusan untuk kita buka mesej itu? Sudah tentu tinggi. Ini adalah tujuan pemasaran menerusi data pelanggan. 

Pertama, kita perlu mendapatkan maklumat seperti nombor telefon, nama dan emel secara beretika.

Kemudian kita menggunakan perkhidmatan sedia ada, seperti sistem pemasaran SMS untuk berhubung dengan pelanggan menerusi telefon bimbit mereka.

Strategi ini dapat menjamin pelanggan untuk membaca mesej pemasaran kita. 

Mengapa strategi memanggil pelanggan melalui SMS ini berkesan?

Ini kerana kita hanya perlukan beberapa saat sahaja untuk menghantar SMS kepada ribuan data pelanggan yang kita telahpun perolehi, tanpa perlu bersusah payah untuk mencari mereka.

Jadi, jangan lupa untuk menggunakan strategi SMS ini ye.

Jika telefon bimbit anda menggunakan postpaid, iaitu bil bulanan, biasanya SMS adalah PERCUMA tanpa had.

Manfaatkanlah SMS PERCUMA ini sebagai salah satu tool menarik pelanggan anda ye.

Jika bermanfaat, anda boleh share info ini kepada kawan-kawan anda yang berniaga.

Jumpa lagi di perkongsian saya yang akan datang.

#Azmin46 
#KisahBisnes
#TipBisnes

1 comment:

  1. Jamal Pak TongkolMay 28, 2018 at 1:52 PM

    Saya nak buat SMS untuk pengundi saya

    ReplyDelete